BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday 17 June 2012

Bom Syahid di Bumi Palestin..



salam..topik malam ini berunsurkan ilmiah sedikit..untuk tambahkan lagi ilmu di dada insan yang serba kekurangan ini..baru-baru ini pernah seorang kawan bertanyakan apakah hukum meletupkan diri sendiri di palestin..? pada masa itu barulah mula terlintas di fikiran..bukankah hukum meletupkan diri sendiri itu haram..? bukankah jika meletupkan diri sendiri itu biasanya disasarkan di tempat awam di mana kanak2 dan wanita turut terlibat..persoalan itu terus bermain di mindaku sehinggalah mendengar isu tersebut di dalam al-kuliyyah yang membicarakan tentang nakbah palestin..di dalam perbincangan tersebut, moderator tidak ketinggalan untuk bertanyakan panel berkenaan persoalan ini..oleh itu beberapa point penting  dicatitkan untuk dikongsi bersama..

menurut ustaz tersebut..kebanyakkan ulama berpendapat bahawa hukum meletupkan diri sendiri di palestin adalah diharuskan..ini adalah berdasarkan sebab2 tertentu :


1) tiada cara lain, mereka tidak mempunyai senjata, setiap hari mereka diserang, setiap ahli keluarga sekurang2nya seorang mati syahid
2) untuk membangkitkan semangat umat islam
3) untuk membangkitkan maruah kerna bumi palestin adalah bumi umat islam 
4) kerana di palestin yahudi telah merampas tanah umat islam, hak mereka telah dinafikan
5) mereka persembahkan nyawanya dengan kerelaan hati di jalan allah
6) untuk menggetarkan musuh allah ta’ala
7) mereka bukan melawan orang awam tetapi mereka melawan orang yang menduduki buminye. orang yang telah mengusir mereka dan keluarga mereka, merampas hak-hak dan menyita masa depan mereka
  

Oleh itu, bom diri di palestin adalah mati syahid. Haruslan ditekankan di sini, bom syahid di bumi palestin tidak boleh disamakan sama sekali dengan usaha bunuh diri..ini berikutan oleh hujah2 berikut: 


1)  Orang yang bunuh diri itu membunuh dirinya untuk kepentingan pribadinya sendiri. Sementara pejuang ini mempersembahkan dirinya sebagai korban demi agama dan umatnya
2)  Orang yang bunuh diri itu adalah orang yang pesimis atas dirinya dan atas ketentuan Allah, sedangkan pejuang ini adalah manusia yang seluruh cita-citanya tertuju kepada rahmat Allah SWT.
3) Orang yang bunuh diri itu ingin menyelesaikan dari dirinya dan dari kesulitannya dengan menghabisi nyawanya sendiri, sedangkan seorang mujahid ini membunuh musuh Allah dan musuhnya dengan senjata terbaru ini yang telah ditakdirkan menjadi milik orang-orang lemah dalam menghadapi tirani kuat yang sombong.
4) Mujahid itu menjadi bom yang siap meledak kapan dan di mana saja menelan korban musuh Allah dan musuh bangsanya, mereka (baca: musuh) tak mampu lagi menghadapi pahlawan syahidini. 

oke lah setakat ini sahaja yang dapat dikongsikan..semoga info ini bermanfaat untuk semua..sesungguhnya diri ini adalah insan biasa yang tidak lari dari membuat kesilapan..


for details, u can refer here..
sumber rujukan : Al - kuliyyah - Nakbah Palestin
                Hukum Bom Syahid di Palestin ( http://dakwah.info/bekal-dakwah/fiqih-islam/hukum-bom-syahid-di-palestin

0 comments: